Terlaksananya tuntutan fardu kifayah melalui Waqaf set pengurusan jenazah Ad Diniah

Tahukah anda tiada istilah ‘surau’ dalam Bahasa Arab? Namun istilah tersebut umumnya digunakan dalam masyarakat Melayu kita. Fungsi surau di Malaysia itu sendiri dikatakan menepati ciri-ciri sebuah masjid. Sehinggakan sesetengah surau di Malaysia juga melaungkan azan, ditunaikan solat lima waktu berjemaah di dalamnya bahkan turut mempunyai carta organisasi yang tersendiri. Begitu jugalah bagi Surau al-Muttaqin, Taman Alam Jaya dan juga Surau al-Ukhuwwah, Taman Cheras Intan. Dua buah surau tersebut berada di bawah kariah dan pengurusan Masjid Ubudiah. Namun surau-surau tersebut aktif memainkan peranan mereka dalam memantapkan akidah dan rohani umat Islam di kawasan itu.

Tapi tahukah anda satu lagi perkara yang menarik?

Dua buah surau tersebut mempunyai pasukan pengurusan jenazah mereka sendiri. Sekiranya berlaku sebarang kematian, mereka akan menguruskan sendiri jenazah dan tidak bergantung dengan pasukan pengurusan jenazah dari Masjid Ubudiah. Alhamdulillah, usaha tersebut sangat perlu dipuji kerana ia memudahkan urusan umat Islam di kawasan tersebut sekaligus mempercepatkan urusan pengurusan jenazah itu sendiri.

10 SET ‘WAQAF PENGURUSAN JENAZAH’ LENGKAP BERJAYA DIAGIHKAN!

Dalam usaha Ad Diniah supaya urusan fardu kifayah tersebut tidak diabaikan, sebanyak 10 set bagi program ‘Waqaf Set Pengurusan Jenazah’ berjaya diagihkan kepada dua buah surau.

Wakil daripada Surau al-Muttaqin sendiri menyatakan sebesar-besar penghargaan ke atas infaq dan sumbangan itu. Kata wakil Surau al-Muttaqin itu lagi:

Terdapat juga beberapa kes yang lain di mana, mayat warga asing yang beragama Islam akan dihantar ke kariah tersebut. Jadi set pengurusan jenazah tersebut akan digunakan bagi kes-kes seperti itu. Terima kasih dan sejuta penghargaan kepada anda semua yang turut serta dalam menjalankan tanggungjawab fardu kifayah iaitu pengurusan jenazah ke atas umat Islam. Semoga kita umat Islam terus bersatu dalam menjalankan fardu kifayah tersebut, InshaAllah.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *