WAQAF SOLAR

Waqaf Solar

RM5,991 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM170.00

Sumbangan secara bulanan

Untuk sumbangan bulanan secara berterusan (Recurring), sila klik di sini. 

Sumbangan boleh dibuat bermula dari RM30 setiap bulan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

WAQAF SOLAR

Program Waqaf Solar ini bertujuan Untuk membantu masyarakat Islam Kemboja dalam memenuhi keperluan bekalan elektrik.

TENTANG PROGRAM

Keadaan penduduk Muslim sebagai masyarakat minoriti di Kemboja amatlah menyayat hati kami di Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah. Disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi, mereka terpaksa tinggal dalam keadaan berpanas di siang hari dan bergelap di malam hari. Amatlah jarang untuk melihat jalan raya, lorong-lorong dan rumah-rumah di sana dipenuhi dengan cahaya lampu. Hal ini kerana, kos penggunaan elektrik di Kemboja amatlah tinggi dan sudah pastinya mereka tidak mampu untuk membayarnya kerana sumber pendapatan mereka hanyalah bergantung kepada hasil pertanian yang

mereka perolehi secara harian.

Bagi melangsungkan kehidupan harian, mereka terpaksa menggunakan lilin, pelita dan lampu suluh untuk dijadikan sebagai sumber cahaya yang menerangi kegelapan. Ada juga yang menggunakan bateri kereta sebagai penjana untuk menyalakan lampu namun, tidak ramai yang dapat menggunakannya atas faktor kedhaifan itu.

Oleh sebab itu, pihak Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah ada menganjurkan program wakaf solar bagi

membantu umat Islam yang memerlukan di sana. Untuk program ini, ia hanya dibuka sebulan sekali sahaja untuk pendaftaran. Masyarakat di luar sana yang ingin menyumbang boleh berbuat sedemikian dengan harga serendah RM 170 bagi satu penama atau RM 1,700 bagi satu unit solar. Setiap penyumbang atau pewakaf akan mendapat sijil penyertaan, resit rasmi serta kitab Kurban dan Aqiqah dari kami.Bagi proses pembinaan solar ini, pihak Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah akan mengumpulkan sumbangan-sumbangan ini terlebih dahulu selama sebulan, kemudian barulah ia akan diserahkan kepada

wakil yang terlibat di Kemboja untuk urusan pembinaan. Kebiasaannya pembinaan solar ini akan mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan.

Antara kelebihan yang akan pewakaf terima ialah, nama-nama pewaqaf ini akan dicetak pada plat besi dan akan ditampalkan pada dinding rumah penerima. Pada penerima pula, sudah tentu kita dapat melihat jelas terpancar cahaya kegembiraan dengan penuh rasa syukur yang dizahirkan oleh penerima. Mereka kini dapat hidup dengan penuh keselesaan atas bantuan yang dihulurkan oleh kita semua. Mereka tidak

perlu bergelap lagi demi untuk menjimatkan wang perbelanjaan mereka. Mereka juga boleh menggunakan elektrik pada bila-bila masa sahaj tanpa rasa takut.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun

HARGA WAQAF SOLAR TERKINI 2023 (KEMBOJA)

1 unit pam air : RM1700 (untuk 10 nama)

1 penama : RM170 atau sumbangan seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang “Sertai Sekarang”
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut :

MAYBANK : 562021637867
CIMB : 8603887704

Reference : Waqaf Solar

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Toyyibpay”.
Toyyibpay Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.

HARAPAN KAMI

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita di akhirat nanti.

KEMPEN INI AKAN TAMAT PADA:

Waqaf Solar

RM5,991 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM170.00