WAqaf tandas

Waqaf Tandas

RM7,873 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM100.00

Sumbangan secara bulanan

Untuk sumbangan bulanan secara berterusan (Recurring), sila klik di sini. 

Sumbangan boleh dibuat bermula dari RM30 setiap bulan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

WAQAF TANDAS

NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah;

“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan pembinaan tandas buat saudara Muslim di Kemboja yang dikelola oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad-Diniah”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.

Program Waqaf Tandas ini bertujuan untuk membantu masyarakat Muslim di Kemboja yang tidak mempunyai tandas untuk kegunaan kehidupan harian mereka di sana.

TENTANG PROGRAM

Kerana kemiskinan yang melanda kehidupan, mereka tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas kehidupan seperti infrasruktur yang sempurna. Jika dilihat pada struktur pembinaan rumah yang berbumbungkan daun nipah serta berdindingkan buluh dan juga kayu, jelas kelihatan bahawa apa yang mereka fikirkan hanyalah cukup sekadar melengkapkan syarat untuk berteduh. Andai kata berlaku angin ribut secara tiba-tiba, maka musnahlah tempat perlindungan mereka.

Kos untuk membina sebuah infrastruktur yang lengkap amatlah tinggi di sana. Dengan keadaan mereka yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu tidak mampu merubah nasib mereka untuk mempunyai kelengkapan rumah yang sempurna. Oleh kerana itu, mereka lebih sanggup memilih untuk membahayakan diri mereka dengan hanya membuang hadas di semak-samun, di pinggir hutan atau jika mempunyai tenaga yang kuat, mereka akan menggali lubang sebagai tempat tadahan najis mereka.

Kesannya, mereka mudah dijangkiti dengan wabak penyakit yang berjangkit disebabkan oleh kurangnya nilai kebersihan dalam diri mereka di sana. Mereka juga tidak dapat menjalankan ibadah dengan sempurna kerana tiada kemudahan yang dapat membantu mereka untuk bersuci dengan baik.

Justeru itu, Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah terpanggil untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan di sana. Melalui program wakaf tandas yang telah berlangsung sejak Oktober 2019 ini, kami telah membuka peluang kepada masyarakat luar untuk sama-sama membantu kami dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam minoriti di sana. Dengan hanya berasaskan RM 100 bagi satu penama atau RM 2,000 bagi 20 penama, mereka sudah menjadi sebahagian dari pewakaf program ini.

Kami juga akan memberikan sijil penyertaan beserta resit rasmi sebagai bukti penyertaan. Apa yang menjadikan ia lebih eksklusif ialah, pihak Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah akan menghadiahkan para penyumbang atau pewakaf dengan Kitab Korban dan Aqiqah yang dikarang oleh Penaung Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah, Ustaz Zakaria Awang Al- Ahmadi.

Dengan bantuan yang disalurkan ini, dapatlah mereka bersuci dengan sempurna dan menjalani ibadah dengan baik. Risiko untuk dicederakan oleh binatang-binatang buas juga dapat dikurangkan lagi selain dapat menurunkan kadar kebarangkalian dijangkiti wabak penyakit berjangkit. Semoga segala dengan segala amal kebaikan yang dilakukan ini dapat memberikan lebih banyak lagi manfaat kepada orang lain.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun

HARGA WAQAF TANDAS TERKINI 2023 (KEMBOJA)

1 unit pam air : RM2000 (untuk 20 nama)

1 penama : RM100 atau sumbangan seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang “Sertai Sekarang”
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut :

MAYBANK : 562021637867
CIMB : 8603887704

Reference : Waqaf Tandas

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Toyyibpay”.
Toyyibpay Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.

HARAPAN KAMI

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita di akhirat nanti.

KEMPEN INI AKAN TAMAT PADA:

Waqaf Tandas

RM7,873 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM100.00