WAqaf basikal

Waqaf Basikal

RM600 of RM100,000 raised
RM 600.00
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM600.00

Sumbangan secara bulanan

Untuk sumbangan bulanan secara berterusan (Recurring), sila klik di sini. 

Sumbangan boleh dibuat bermula dari RM30 setiap bulan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

WAQAF BASIKAL

Program Waqaf Basikal ini bertujuan untuk membantu masyarakat Islam di Kemboja dalam memudahkan pergerakan mereka.

TENTANG PROGRAM

Pada masa kini, kenderaan merupakan salah satu kehendak yang telah menjadi kepada keperluan semasa. Pada zaman Nabi dan Para sahabat, mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat juga dengan menaiki kenderaan. Bezanya dengan zaman serba canggih ini ialah, kenderaan Nabi dan Para Sahabat pada ketika itu merupakan daripada haiwan-haiwan ternakan seperti unta dan keldai. Berbanding sekarang, setiap pergerakan telah menjadi mudah dan cepat dengan adanya kereta, motor, kapal dan ada juga yang menggunakan basikal.

Namun, dalam kesenangan kita bergerak ke sana sini tanpa perlu berfikir rasa penatnya berjalan, masih ada lagi golongan masyarakat yang terpaksa memerah keringat berjalan beribu-ribu batu jauhnya semata- mata untuk menjalani kehidupan seharian mereka seperti bekerja dan bersekolah bagi kanak-kanak. Dengan mengambil kira permasalahan yang sebergini, Pihak pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Wakaf Basikal.

Melalui program ini, masyarakat luar yang ingin menyalurkan sumbangan atau berwakaf boleh berbuat sedemikian dengan harga serendah RM 100 bagi satu penama atau RM 600 bagi satu unit basikal. Untuk pengetahuan umum, projek wakaf basikal ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk disiapkan. Untuk penyumbang atau pewakaf yang menyertai projek ini akan diberikan sijil penyertaan, resit rasmi serta Kitab Korban dan Aqiqah.

Dengan adanya waqaf basikal ini, ia dapat meringankan kesusahan yang ditanggung oleh penduduk Muslim di Kemboja. Dalam keadaan mereka yang dhaif, mereka tidak mampu untuk menyediakan pengangkutan yang memudahkan pergerakan mereka. Kebanyakan mereka hanya berjalan kaki untuk menuju ke suatu tempat walaupun terpaksa membawa barang yang banyak.

Bagi kanak-kanak, basikal ini dapat membantu mereka untuk pergi ke sekolah dengan mudah. Selain itu, mereka juga dapat pergi ke sekolah dengan penuh semangat dan yang paling penting, mereka masih dipenuhi dengan tenaga. Jika sebelum ini, mereka terpaksa belajar dalam keadaan yang letih disebabkan kehabisan tenaga semasa menuju ke sekolah tambahan lagi kelaparan disebabkan oleh kekurangansumber makan, namun sekarang dengan berkat dan usaha para penyumbang, dapatlah kami mengurangkan sedikit bebanan mereka dengan program Wakaf Basikal ini. Hal ini menjadikan mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah.

Kami berharap agar Program Wakaf Basikal ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat muslim lain yang memerlukan pada masa kini sehingga ke generasi akan datang.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun

HARGA WAQAF BASIKAL TERKINI 2023 (KEMBOJA)

1 unit basikal : RM600 (untuk 6 nama)

1 penama : RM100

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang “Sertai Sekarang”
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut :

MAYBANK : 562021637867
CIMB : 8603887704

Reference : Waqaf Basikal

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Toyyibpay”.
Toyyibpay Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.

HARAPAN KAMI

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita di akhirat nanti.

KEMPEN INI AKAN TAMAT PADA:

Waqaf Basikal

RM600 of RM100,000 raised
RM 600.00
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM600.00