Waqaf Set Pengurusan Jenazah

Waqaf Set Pengurusan Jenazah

RM13,100 of RM2 million raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM300.00

NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah;

“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan ke Set Pengurusan Jenazah yang dikelola oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

WAQAF SET PENGURUSAN JENAZAH​

Program Waqaf Set Pengurusan Jenazah  ini bertujuan untuk membantu masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia memiliki set pengurusan jenazah yang lengkap untuk kegunaan masyarakat setempat dan meringankan beban ahli kariah yang kematian ahli keluarga dalam menguruskan jenazah.

TENTANG PROGRAM WAQAF SET PENGURUSAN JENAZAH

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati…” 

Saban hari kita didengarkan dengan pelbagai berita kematian sama ada waris terdekat atau saudara sesama Islam. Kematian pastinya menjadi sesuatu yang menakutkan kepada setiap orang. Namun pesan nabi SAW, mereka yang paling cerdas adalah yang paling banyak mengingat dan mempersiapkan diri menghadapi kematian. 

Takut menghadapi kematian adalah fitrah bagi seorang manusia. Namun penting untuk kita mempersiapkan diri agar pengakhiran kita berada dalam ketakwaan dan ketenangan. Di masa kini, kos pengurusan jenazah yang tinggi bukanlah sesuatu yang janggal. Kerap kali terdengar berkenaan kes waris si mati yang merayu memohon untuk menguruskan jenazah keluarga kerana tidak mampu menampung pembiayaan yang begitu tinggi. 

Sehubungan itu, Ad Diniah sedar dan peka akan permasalan ini. Islam menyarankan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan pengebumian orang yang telah meninggal dunia. Ad Diniah dengan itu mengambil solusi dengan melancarkan program Wakaf Set Pengurusan Jenazah pada Mac 2022 yang lalu bagi membantu masjid atau surau yang memerlukan di seluruh Malaysia. 

Satu set pengurusan jenazah ini dilengkapi dengan keperluan seperti set kain kafan, set mandian dan set solekan. Set ini didatangkan secara unisex untuk kegunaan jenazah muslimin atau muslimin. Waqaf ini terbuka kepada anda semua sama ada ingin berwakaf bagi 1 set RM300 atau seikhlas hati. Selain lengkap dan mudah, set ini juga disertakan bersama beg eksklusif Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah yang bertujuan untuk mudah dibawa jika diperlukan.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun

HARGA WAQAF SET PENGURUSAN JENAZAH

1 set : RM300 

Seikhlas hati : RM30 

Hulurkan sumbangan anda dengan klik butang “Sertai Sekarang”
Atau terus ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut:

MAYBANK : 562021637867

Reference : Waqaf Kafan

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Billplz”. Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah

HARAPAN KAMI

Sokongan anda hari ini berjaya membantu kami untuk mendapatkan dana bagi menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima yang memerlukan di dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan sedekah agar menjadi saham di akhirat kelak.

Waqaf Set Pengurusan Jenazah

RM13,100 of RM2 million raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM300.00