WAQAF AL-QURAN

Waqaf Al-Quran

RM11,610 of RM100,000 raised
RM 40.00
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM40.00

Sumbangan secara bulanan

Untuk sumbangan bulanan secara berterusan (Recurring), sila klik di sini. 

Sumbangan boleh dibuat bermula dari RM30 setiap bulan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

WAQAF AL-QURAN

NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah;

“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan Quran buat anak tahfiz dan madrasah di Kemboja yang dikelola oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.

Program waqaf Al-Quran ini bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh umat Islam untuk mewaqafkan naskhah Al-Quran ke tempat-tempat yang memerlukan ke seluruh Malaysia dan Kemboja.

TENTANG PROGRAM

Al- Quran merupakan mukjizat yang tertinggi diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui pengantara-Nya Malaikat Jibril AS. Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai petujuk dan panduan kepada umat Islam agar sentiasa berjalan di landasan yang benar. Firman Allah SWT dalam Surah Al- Muzammil ayat 4,

ولقد يسرنَ الْقرآن لِلِذكِر فهل ِمن مَّدكِر

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]

Namun, masih ada lagi rakyat Kemboja dan Malaysia yang tidak mampu untuk membeli Al-Quran untuk dibaca. Jika ada pun, mereka hanya menggunakan mushaf-mushaf Al-Quran yang telah lama sebagai panduan. Ada yang mushafnya sudah reput dimakan anai-anai, atau ada yang muka suratnya sudah tidak lengkap disebabkan oleh usianya yang sudah terlalu lama dan ada yang hanya mengharapkan mushaf-

mushaf Al-Quran yang telah diwakafkan di surau-surau ataupun masjid sahaja.

Oleh itu, Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah mengambil kesempatan yang ada ini untuk membantu umat Islam yang memerlukan ini. Kami membuka penyertaan Program Wakaf Al-Quran dengan kadar harga serendah RM 40 bagi satu bahagian dan RM 120 bagi senaskhah mushaf Al-Quran. Mushaf yang disediakan adalah berupa mushaf terjemahan dengan jaminan kualiti yang terbaik dari segi reka bentuk dan ketahanannya. Al-Quran ini juga sesuai untuk digunakan oleh segenap lingkungan umur dan sesuai untuk mereka yang berniat untuk mempelajari Al-Quran.

Dengan adanya program ini, dapatlah kita Bersama-sama membantu mereka dalam mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain daripada mereka dapat belajar dan menghayati ilmu Al-Quran dengan lebih sempurna dan selesa, kita juga dapat menumpang pahala amalan mereka selagi mana Al-Quran yang diwakafkan itu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun

HARGA WAQAF AL-QURAN TERKINI 2023 (KEMBOJA)

1 unit Al-Quran : RM120 (untuk 3 nama)

1 penama : RM40

 

HARGA WAQAF AL-QURAN TERKINI 2023 (MALAYSIA)

1 unit Al-Quran : RM120 (untuk 3 nama)

1 penama : RM40

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang “Sertai Sekarang”
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut :

MAYBANK : 562021637867
CIMB : 8603887704

Reference : Waqaf Al-Quran

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Toyyibpay”.
Toyyibpay Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.

HARAPAN KAMI

Apabila anda turut serta menyokong kempen tabung ini, anda telah membantu kami untuk mempunyai dana agar kami dapat menjalankan lebih banyak program kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga penerima bantuan yang memerlukan dalam dan luar negara.

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti diri kita di sisi Allah SWT dengan memperbanyak bersedekah. Doakan agar sedekah ini menjadi saham kita di akhirat nanti.

KEMPEN INI AKAN TAMAT PADA:

Waqaf Al-Quran

RM11,610 of RM100,000 raised
RM 40.00
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM40.00