HUBUNGI KAMI

Ya. Pertubuhan Sukarelawan Ad diniah adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar ROS : PPM 036- 10-04072019. Amal Ad Diniah telah beroperasi sejak tahun 1997 lagi dengan mengendalikan program Aqiqah dan Qurban di Malaysia, Kemboja, Bangladesh, Thailand dan juga Myanmar. Amal Ad Diniah juga mempunyai Pusat Pengajian Pondok, Madrasah Diniah Ahmadiah yang ditubuhkan pada 13 Syaaban 1412H Bersamaan dengan 17 Februari 1992 yang bertempat di Simpang Balak, Kajang, Selangor. Selain dari Qurban dan Aqiqah, Pertubuhan Sukarelawan Ad-Diniah juga menganjurkan program-program waqaf seperti Waqaf Pam Air, Waqaf Solar, Waqaf Al-Quran, Waqaf Tandas dan yang terkini waqaf basikal. Selain itu, pertubuhan Sukarelawan Ad-Diniah juga turut memberi sumbangan makanan dan barangan keperluan asas kepada rakyat Malaysia yang memerlukan melalui program yang dinamakan Tabung islah & Islah Care.

Bagi memastikan tuan/puan berurusan dengan pegawai yang sah, tuan/puan boleh hubungi penyelia Ustazah Hazwani 011-55066972 untuk membuat pengesahan.

Selain waqaf pam air, Qurban dan Aqiqah, Mushaf Al-Quran, waqaf tandas, waqaf bilik air, waqaf basikal, waqaf solar, zakat , sumbangan agihan makanan asas (tabung islah), sumbangan beras fidyah, telekung , kain pelikat , kopiah dll.

Pembinaan pam air mengambil masa kerana kami mengumpul jumlah sumbangan waqaf untuk dijalankan secara serentak. Jumlah untuk satu projek boleh mencecah seribu unit pam atau lebih lagi dan waqaf pam yang telah disumbangkan ini akan dibahagikan pembinaannya ke beberapa kawasan. Pembinaan adalah di penempatan- penempatan muslim yang tinggal jauh di kawasan pedalaman sehingga wakil kami yang bertugas memantau pembinaan pam ini perlu berkampung di kawasan projek berjalan biasanya 3- 4 minggu. Tempoh menyiapkan pembinaan pam di satu- satu kawasan adalah tidak tetap mengikut keadaan cuaca dan keadaan tanah di sesuatu kawasan.

Ya ada. Selain diberikan sijil penyertaan, kami juga ada berikan resit bayaran, surat pengesahan, kalendar dan kitab Qurban & Aqiqah yang dikarang khas oleh Penaung Ad Diniah sendiri iaitu Ustaz Zakaria Awang Al-Ahmadi.

Antara tempat pembinaan pam air yang telah dilaksanakan ialah di sekitar Wilayah Kampong Cham, Wilayah Thbong Kmum, Kampong Oparam, Kampong Kilo 3, Kampong Meak, Kampong Oyun, Kampong Jaduan, Kampong Ounyak, antara lain Kampung Dual bu dan lain-lain lagi.

Gambar pam yang telah siap dibina akan dimasukkan ke dalam sistem di website kami diniahholdings.com.my dan para penyumbang juga boleh menaip nama yang telah didaftarkan semasa pendaftaran untuk melihat gambar pam yang telah siap dibina di website berkenaan. Kami juga menyediakan gambar dan video sebelum, semasa dan selepas bagi pembinaan pam air tersebut.

Aqiqah ialah menyembelih binatang kerana kelahiran bayi pada hari ketujuh. Hukum aqiqah adalah sunat muakkad bagi yang seseorang yang mampu. Jawapan untuk soalan ini adalah ya dibenarkan, Islam menggalakkan untuk seseorang yang sudah baligh tetapi belum diaqiqahkan untuk menjalankan ibadah aqiqah untuk dirinya sendiri. Tetapi bagi ibu bapa yang mahu laksanakan aqiqah bagi anak yang sudah baligh mestilah menggunakan harta anak yang sudah baligh itu, kerana sudah menjadi tanggungjawab anak itu sendiri (Mughni alMuhtaj, Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah).

Nombor Telefon

+603-8740 1099

Lokasi Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah

BORANG PERTANYAAN

Sila isi borang di bawah untuk sebarang pertanyaan