WAqAF pam air ramadHan

Waqaf Pam Air Ramadhan

RM37,830 of RM2 million raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM200.00

NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Untuk teruskan wakaf anda, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah;

“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk salurkan Pam Air buat saudara Muslim di Kemboja yang dikelola oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah”

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi wakaf.

(P/S: Pastikan anda lengkapkan maklumat seperti nama pewakaf (untuk ditulis di plat pam air) dan alamat bagi memudahkan penghantaran sijil)

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

WAQAF PAM AIR RAMADHAN DI KEMBOJA

Program Waqaf Pam Air Ramadhan ini bertujuan untuk membantu masyarakat Muslim di bumi Kemboja bertujuan mendapatkan sumber air yang bersih untuk kehidupan seharian.

Tidak masuk akalnya rasanya bila disebutkan tentang kesusahan yang masih dialami oleh masyarakat minoriti Islam di Kemboja.

Tinjauan team Ad Diniah sendiri ke Kemboja mendapati bahawa jalan raya masih tidak berturap malah dalam keadaan tanah merah berlumpur lagi. Perjalanan dari bandar ke kawasan kampung-kampung pula memakan masa selama 10 jam pergi dan balik dengan menaiki motorsikal. Terik panas yang dirasai juga sangat berbeza dengan terik di Malaysia. Team Ad Diniah hampir mengalami strok haba akibat cuaca yang terlalu panas dan kering.

Namun apabila sampainya di sana, terasa kerdil diri apabila melihat masyarakat Kemboja yang tekun membanting tulang bertani dalam keadaan panas terik tersebut. Team Ad Diniah tetap disambut dengan penuh kemeriahan sambil dihidangkan dengan makanan walaupun sederhana saja santapannya.

Sekali lagi hati kami disapa dengan kesedihan apabila melihat tiada air bersih yang mencukupi. Kata salah seorang team Ad Diniah; “Air basuhan pinggan akan ditadah bagi tujuan digunakan semula untuk perkara lain”. Tidak tersentakkah kita dengan keadaan tersebut? 

SEDIKIT SEJARAH MENGENAI KEMBOJA

Kaum Cam atau juga Melayu Cam merupakan kaum minoriti yang terbesar di Kemboja. Kebanyakan mereka yang beragama Islam itu telah melalui sejarah pahit terutamanya bermula dengan pemerintahan Pol Pot pada tahun 1975 hinggalah 1980. Dianggarkan seramai 500,000 orang telah dibunuh oleh Pol Pot bagi menghapuskan kaum Cam Islam tersebut.

Jadi disebabkan itulah, ia telah mempengaruhi kehidupan masyarakat tersebut lebih-lebih lagi dalam kegiatan ekonomi. 

TENTANG PROGRAM WAQAF PAM AIR

Wakaf pam air di bawah kelolaan Ad Diniah telah aktif dijalankan sejak 2017 lagi. Namun secara tidak rasmi jauh sebelum itu lagi. Tujuannya hanyalah satu iaitu membantu meringankan salah satu beban masyarakat minoriti tersebut iaitu ‘air bersih’.

Dianggarkan sehingga projek Oktober 2021, sebanyak 18,605 pam air telah dibina terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman.

Sempena memasuki bulan Ramadhan ini juga, Ad Diniah ingin mempergiatkan lagi projek wakaf pam air. Bayangkan
keadaan mereka lebih-lebih lagi anak kecil dan warga emas yang berpuasa seharian dalam panas terik. Mereka terpaksa berbuka dengan sumber air bersih yang sedikit dan terhad.

KERING TEKAK SEHARIAN SEBAB NAK BUKAK PUASA DENGAN AIR BERSIH PUN TIADA – masyarakat minoriti Islam di Kemboja

Walhal air merupakan keperluan utama manusia. Mahukah tuan/puan turut serta dalam wakaf ini sempena bulan yang mulia ini? Sesungguhnya terdapat keutamaan bagi sedekah pada bulan Ramadhan malah ia merupakan amalan sunnah Rasulullah.

“Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah (banyak bersedekah) terutama pada bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril AS menemuinya, dan Jibril AS mendatanginya setiap malam di bulan Ramadhan, saling bertadarus al-Quran. Sungguh Rasulullah SAW orang yang paling pemurah dengan kebaikan (kepada orang yang memerlukan) lebih laju daripada tiupan angin.”
(Riwayat al-Bukhari 3220)

Sehubungan dengan itu, Sukarelawan Ad Diniah tidak ingin terlepas kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan dan ingin mengajak tuan/puan sama-sama berebut kelebihan bersedekah di bulan Ramadhan dengan menyertai projek Wakaf Pam Air ini.

Melalui projek ini, masyarakat di luar sana yang ingin membantu boleh melakukan sumbangan atau berwakaf dengan harga serendah RM200 bagi satu penama dan RM2000 bagi satu unit pam air.

Sebagai menghargai usaha setiap penyumbang yang menggunakan perkhidmatan dan berwakaf bersama Ad Diniah, penyumbang akan diberikan sijil, resit rasmi, kalendar dan juga Kitab Qurban dan Aqiqah. Apa yang paling menarik ialah kitab tersebut merupakan kitab yang dikarang khas oleh penaung Ad Diniah sendiri iaitu Ustazh Zakaria Awang Al-Ahmadi. Selain itu juga, bukti seperti gambar dan video proses sebelum, semasa dan selepas pembinaan akan diberikan kepada para pewakaf yang berwakaf bersama kami.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun

HARGA WAQAF PAM AIR DAN SOLAR TERKINI 2022 (KEMBOJA)

1 unit pam air : RM2000 (untuk 10 nama)

1 penama : RM200 atau sumbangan seikhlas hati

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang “Sertai Sekarang”
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut :

MAYBANK : 562021637867
CIMB : 8603887704

Reference : Waqaf Pam Air Ramadhan

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Billplz”.
Billplz Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah20

HARAPAN KAMI

Diharapkan dengan bantuan anda semua, mampu memastikan kesinambungan projek ini agar semua masyarakat minoriti Islam dapat merasai nikmat air bersih tanpa batasan. 

Marilah sama-sama kita tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan kita dengan memberikan sedekah yang paling utama iaitu sedekah air. Semoga sedekah itu dilipatgandakan dan mengalir laju seperti mengalirnya air wakaf tersebut. 


KEMPEN INI AKAN TAMAT PADA:

Hari
Jam
Minit
Saat

Waqaf Pam Air Ramadhan

RM37,830 of RM2 million raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Billing Details

Terms

Donation Total: RM200.00