Ustazah Solehah binti Sulaiman atau dikenali sebagai Ustazah Solehah dikalangan tim Ad Diniah merupakan pengasas bersama merangkap Timbalan Presiden Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah. Untuk pengetahuan umum, beliau memilih untuk berhijrah ke dalam bidang sukarelawan bersama Ad Diniah bermula pada tahun 2016 setelah beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah tahfiz selama dua tahun. Beliau sangat komited dalam menjalankan tugas sebagai seorang timbalan presiden sekaligus bertanggungjawab dengan kerja-kerja kesetiausahaan pertubuhan.

Selain daripada tugas-tugas hakiki beliau sebagai seorang timbalan presiden pertubuhan, beliau juga ditugaskan untuk menguruskan bahagian Daftar Sumbangan. Antara fungsi bahagian Daftar Sumbangan ini adalah untuk berhubung dengan setiap penyumbang atau pewakaf yang ingin menyumbang atau berwakaf melalui Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah. Sehubungan dengan itu, beliau telah mendidik warga Daftar Sumbangan untuk berkomunikasi dan menyantuni para penyumbang dengan cara yang terbaik. Dengan didikan dan bimbingan Ustazah Solehah, mereka telah berjaya mendapatkan kepercayaan penyumbang-penyumbang untuk terus menggunakan perkhidmatan Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah. Seluruh data mengenai penyumbang akan dikumpulkan melalui bahagian Daftar Sumbangan sebelum diserahkan kepada bahagian Operasi.

Beliau turut diberikan amanah untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan wakil Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah baik di dalam negara mahupun di luar negara. Disebabkan sikapnya yang amanah dan tegas dalam menjalankan tugas, beliau akan memastikan bahawa setiap program-program yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar. Untuk menaikan semangat kerjasama dan semangat bekerja dikalangan tim Ad Diniah, Ustazah Solehah telah dipertanggungjawabkan untuk memberi suntikan motivasi dan pendekatan rohani melalui program tazkirah pagi. Inisiatif yang telah diambil oleh beliau ini telah menunjukan banyak perubahan positif dikalangan tim baik dari segi emosi atau fizikal. Hal ini telah menjadikan tim lebih bersemangat untuk memberikan hasil yang terbaik kepada Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.

Selain daripada tugas-tugas hakiki beliau sebagai seorang timbalan presiden pertubuhan, beliau juga ditugaskan untuk menguruskan bahagian Daftar Sumbangan. Antara fungsi bahagian Daftar Sumbangan ini adalah untuk berhubung dengan setiap penyumbang atau pewakaf yang ingin menyumbang atau berwakaf melalui Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah. Sehubungan dengan itu, beliau telah mendidik warga Daftar Sumbangan untuk berkomunikasi dan menyantuni para penyumbang dengan cara yang terbaik. Dengan didikan dan bimbingan Ustazah Solehah, mereka telah berjaya mendapatkan kepercayaan penyumbang-penyumbang untuk terus menggunakan perkhidmatan Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah. Seluruh data mengenai penyumbang akan dikumpulkan melalui bahagian Daftar Sumbangan sebelum diserahkan kepada bahagian Operasi.

Beliau turut diberikan amanah untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan wakil Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah baik di dalam negara mahupun di luar negara. Disebabkan sikapnya yang amanah dan tegas dalam menjalankan tugas, beliau akan memastikan bahawa setiap program-program yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar. Untuk menaikan semangat kerjasama dan semangat bekerja dikalangan tim Ad Diniah, Ustazah Solehah telah dipertanggungjawabkan untuk memberi suntikan motivasi dan pendekatan rohani melalui program tazkirah pagi. Inisiatif yang telah diambil oleh beliau ini telah menunjukan banyak perubahan
positif dikalangan tim baik dari segi emosi atau fizikal. Hal ini telah menjadikan tim lebih bersemangat untuk memberikan hasil yang terbaik kepada Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.