Tabung islah ramadhan

Tabung Islah Ramadhan

RM260 of RM300,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM120.00

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

TABUNG ISLAH RAMADHAN

Program Tabung Islah ini bertujuan untuk membantu umat yang sedang menghadapi pelbagai jenis bencana tidak kira bencana alam mahupun kemalangan yang menimpa.

TENTANG PROGRAM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang dikuatkuasakan pada Mac 2020 telah memberi kesan yang negatif kepada ekonomi negara secara umumnya dan masyarakat secara khususnya.

Kehilangan kerja, tidak diberikan gaji semasa PKP, peniaga kecil yang terpaksa bertahan dan banyak lagi. Mungkin peristiwa tersebut tidak memberi kesan kepada kita, namun telah mengubah kehidupan masyarakat seluruhnya. 

Tidak kurang juga ramai golongan yang menjadi miskin secara tiba-tiba dan mereka itu kebanyakannya terdiri daripada warga bandar.  Tetapi apa yang menarik dengan keadaan itu ialah, “RAMAI YANG SUSAH TAPI RAMAI JUGA YANG TAMPIL MEMBANTU”.

Ad Diniah juga tidak ingin meninggalkan tuntutan membantu masyarakat sekeliling. Bermula Mac 2020, bantuan ‘Tabung Islah’ iaitu bantuan makanan asas mula diberikan. Pada mulanya bantuan tersebut hanya diberikan di sekitar Pantai Timur dan kemudiannya diperluaskan ke Selangor dan Lembah Klang. Sehingga Disember 2021, sebanyak 25,000 bantuan Tabung Islah telah diedarkan. 

TABUNG ISLAH RAMADHAN

Bila fikir sahaja Ramadan pastinya bazar Ramadan akan terlintas di pemikiran. Berbagai juadah dan makanan dibeli mengikut hawa nafsu kita. Namun pernahkah kita terfikir keadaan orang yang tidak punya sumber pendapatan yang mencukupi? Mungkin makan sekadar ada sahaja atau dalam situasi lebih buruk lagi ialah tidak ada langsung makanan yang boleh dihidangkan di atas meja mereka.

Ad Diniah sentiasa berusaha supaya tiada seorang pun kelaparan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semua sedia maklum bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah dan bulan yang dianjurkan melakukan kebaikan lebih-lebih lagi sedekah. Bersesuaian juga dengan konsep Tabung Islah yang memberi bantuan makanan, terdapat juga sebuah hadis Rasulullah mengenai fadhilat memberi makan kepada orang berpuasa.

 Rasulullah SAW bersabda bahawa:

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan al-Baihaqi)

 

Tidakkah kita ingin meraih dan merebut ganjaran tersebut semasa kita masih hidup ini? Sekurang-kurangnya mampu menjadi alas perut dan bekal bagi orang yang berpuasa tersebut dalam meneruskan kehidupan sehari-hari.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM50,000 per-month/ RM600,000 setahun
Sasaran penderma : 100,000 orang penderma / setahun

1 pek makanan asas : RM120 ( 1 buah keluarga)

Juga terima sumbangan seikhlas hati bermula dari RM10.

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang “Derma Sekarang”
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut :

MAYBANK : 562021637867
CIMB : 8603887704

Reference : Tabung Islah

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Toyyibpay”             Toyyibpay Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.

HARAPAN KAMI

Dengan sokongan dan bantuan penyumbang di luar sana, bantuan Tabung Islah sehingga kini dapat dijalankan. Malah mampu meringankan beban masyarakat ketika bulan Ramadhan. 

Semoga dengan bantuan yang sedikit di bulan Ramadan dilipatkali gandakan oleh Allah dan menjadi saham yang baik di akhirat kelak.

 

KEMPEN INI AKAN TAMAT PADA:

Hari
Jam
Minit
Saat

Tabung Islah Ramadhan

RM260 of RM300,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM120.00