Kutipan dana baju raya anak-anak yatim

Kutipan Dana Baju Raya Anak-anak Yatim

RM310 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

KUTIPAN DANA BAJU RAYA ANAK-ANAK YATIM

Program Tabung Islah ini bertujuan untuk membantu umat yang sedang menghadapi pelbagai jenis bencana tidak kira bencana alam mahupun kemalangan yang menimpa.

TENTANG PROGRAM

Mengapa perlu membantu anak yatim sebenarnya? 

Dalam al-Quran, berkali-kali Allah menyebut tentang anak yatim. Perkataan ‘yatim’ itu sendiri menunjukkan pada kemiskinan serta kepapaan.

Dan yatim itu juga boleh digambarkan sebagai orang yang mengalami penganiayaan, perampasan harta dan tidak memperoleh kehormatan serta pelayanan yang layak. Hal itu menyebabkan Allah dengan jelas menyeru kita supaya berbuat baik kepada anak yatim. 

 

“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” 

(Riwayat al-Tirmidzi 1917)

 

Malah Baginda SAW sendiri merupakan anak yatim. Jadi baginda SAW faham psikologi dan keadaan anak-anak yatim yang sangat rapuh.

Cuba anda semua bayangkan. Tiba-tiba salah seorang daripada ahli keluarga atau anak kita sendiri menjadi anak yatim. Dan mereka meneruskan kehidupan mereka dengan berbekalkan bantuan masyarakat semata-mata.

Tiada kata yang boleh menggambarkan perasaan bersyukurnya dengan keadaan tersebut. Ad Diniah cuba untuk tidak meninggalkan seorang pun daripada golongan masyarakat yang kesempitan lebih-lebih lagi anak yatim. 

Bermula pada tahun 2021 kami telah menjalankan satu projek ‘Infaq Baju Raya Anak Yatim’.

BANTUAN BAJU RAYA ANAK-ANAK YATIM

Pada aidilfitri 2021, seramai 80 orang anak yatim di sekitar kajang dan pantai timur menerima manfaat baju raya hasil bantuan anda semua

Pada tahun ini, Ad Diniah akan meneruskan projek tersebut dengan sasaran sebanyak 500 orang penerima. Jadi anggaran sebanyak RM100,000 diperlukan bagi tujuan tersebut. 

Jadi, kami ingin mengajak anda semua supaya turut bersama-sama kami dalam memberikan senyuman dan secebis bahagia di hati anak-anak tersebut.

Malah memasuki bulan Ramadhan ini, tidak inginkah anda semua meraih ganjaran yang berlipat kali ganda hasil daripada sedekah yang sedikit?

 

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran : RM100,000 (2022)
Sasaran penderma : 500 orang anak-anak yatim

1 set baju raya: RM200 ( 1 buah keluarga)

Juga terima sumbangan seikhlas hati bermula dari RM10.

Hulurkan sumbangan anda tekan klik butang “Derma Sekarang”
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut :

MAYBANK : 562021637867
CIMB : 8603887704

Reference : : Infaq Baju Raya Anak Yatim

 

*Nota Penting : Jika anda membuat transaksi online banking, anda akan melihat paparan transaksi tertulis “Merchant Name : Toyyibpay”             Toyyibpay Sdn. Bhd. adalah penyedia sistem pengurusan “Payment Gateway” yang digunakan oleh Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.

HARAPAN KAMI

Semoga melalui projek ini, kita semua sedar akan tanggungjawab kita terhadap anak yatim seperti mana yang diseru oleh agama Islam.

Malah diharapkan anak-anak yatim yang akan menerima manfaat tersebut dapat berhari raya dengan senyuman walaupun tanpa insan tersayang di sisi.

Marilah sama-sama kita tingkatkan ibadah di bulan Ramadhan kita dengan memberikan sedekah kepada anak yatim. Mana tahu melalui sedekah tersebut kita dimasukkan syurga tanpa hisab bukan?

 

KEMPEN INI AKAN TAMAT PADA:

Hari
Jam
Minit
Saat

Kutipan Dana Baju Raya Anak-anak Yatim

RM310 of RM100,000 raised
RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM200.00