BUBUR LAMBUK RAMADHAN

The form is not published.

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram

TENTANG PROGRAM

Ramadan dan bubur lambuk merupakan perkara yang sinonim. Malah bagi sesetengah individu bubur lambuk mungkin hanya dapat dimakan pada bulan Ramadan sahaja.

Apakah signifikannya bubur lambuk di bulan Ramadan ini?
Bubur lambuk di bulan Ramadan ini boleh dikaitkan dengan sedekah sebenarnya. Bubur lambuk yang jarang dinikmati dan keinginan sedekah Ramadan, maka edaran bubur lambuk menjadi antara program yang mudah dilaksanakan apabila datangnya bulan Ramadan.

" Bubur lambuk platform mudah untuk memberi makan orang berbuka puasa di bulan ramadan"
Sukarelawan
Ad Diniah

Ditambah pula bubur lambuk dilengkapi dengan nutrisi lengkap terdiri daripada karbohidrat, protein dan sebagainya, jadi bubur lambuk menjadi makanan yang sesuai untuk diedarkan malah ‘memberi kekenyangan’ kepada penerima.

Selain daripada akan diampunkan dosa, banyak lagi kelebihan memberi makan orang berpuasa. Antaranya ialah berdasarkan sabda Rasulullah SAW maksudnya:

Tidak inginkah kita mengambil peluang yang mudah ini. Peluang yang hanya dapat diambil ketika orang lain berpuasa? Mendapat pahala dengan hanya memberi orang berbuka puasa?


Sehubungan dengan itu, Ad Diniah ingin mengajak tuan/puan sama-sama berebut fadhilat tersebut dengan menyertai program ‘Edaran bubur Lambuk’ di bawah kelolaan kami.


Ayuh, sama-sama kita meraih kebaikan di dunia untuk di bawa ke akhirat nanti, InshaAllah. Melalui projek ini, anda semua yang ingin membantu boleh melakukan sumbangan bermula serendah RM10 sebungkus.

MAKLUMAT BANTUAN

Sasaran:
Sasaran penderma:
HARGA BUBUR LAMBUK
1 bungkus: RM10
Hulurkan sumbangan anda dengan tekan klik butang ‘Sertai Sekarang’
Atau ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah berikut:
MAYBANK: 562021637867
CIMB: 8603887704
Reference: Bubur Lambuk

HARAPAN KAMI

Diharapkan dengan program ini, mampu memperbanyakkan amalan kita semua malah memberi manfaat kepada masyarakat dan individu yang menerima bubur lambuk tersebut.

Marilah sama-sama kita tingkatkan ibadah di bulan Ramadan kita dengan memberikan sedekah kepada orang berbuka puasa.
Semoga sedekah itu dilipatgandakan lebih daripada apa yang kita berikan.