Edaran Kurma dan Tasbih Digital

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan, dalam tidak sedar kita telah pun melalui 4 hari Ramadan. Bulan yang dihidangkan dengan jutaan kebaikan buat umat Islam. Di waktu inilah peluang yang ada untuk kita merebut segala ganjaran dari amal kebaikan yang dilakukan. Allahuakbar, ayuh kita panjatkan kesyukuran atas nikmat dipanjangkan usia kerana diberi kesempatan untuk kembali bertemu dengan bulan keampunan ini.

Sudah menjadi kebiasaan apabila menjelang Ramadan, umat Islam di Malaysia khususnya akan berbagi kurma tanda persediaan menghadapi bulan yang dinanti ini. Ad Diniah terutamanya sebagai badan kebajikan turut sama aktif mengedarkan kurma dan tasbih digital sebanyak 250 pek kepada orang awam di sekitar Kajang serta tidak dilupakan buat Team Ad Diniah sendiri. Usaha Ad Diniah ini bukan sahaja disambut baik oleh orang awam malah ada di kalangan mereka yang tertarik untuk melakukan perkara yang sama iaitu membudayakan amalan memberi sesama manusia.

 “Kalaulah budaya ini terus diterapkan di dalam diri kita semua, InshaAllah kita bukan sahaja mencapai keharmonian sesama kita, tapi ini juga menjadi contoh buat masyarakat agama yang lain.”- kata seorang penerima tersebut. Edaran ini tertumpu di beberapa lokasi orang ramai seperti di pasaraya dan pusat membeli-belah sekitar Kajang antaranya ialah Lotus, Giant, Metropoint dan TTDI Grove, Kajang.

xxxxxxxxx

   Menurut Nurul Syamimie, sukarelawan yang turut serta membuat pengagihan, “Semasa agihan tadi ada yang gembira sangat dan katanya boleh buat berbuka sementara sampai di rumah. Kajang selalu sesak, kadang risau tak sempat berbuka.” 

Sedikit perkongsian berkenaan pesan Nabi SAW:

 Ya, kadangkala perkara kecil yang kita lakukan dirasa tidak memberi impak tetapi dalam tidak sedar orang yang menerima itu sangat menghargainya atas sebab keperluan di ketika itu. Oleh yang demikian, teruskan mengejar kebaikan lebih-lebih lagi ketika berada di dalam keistimewaan Ramadan yang tidak sama seperti bulan lainnya. Ramadan ini Ramadan kita.