Bantuan Tongkat Empat Kaki​​

Pada tanggal 16 Disember 2021 yang lalu, telah berlangsungnya penyerahan bantuan Tabung Islah berbentuk Tongkat Kaki Empat yang bertempat di Kg Baru, Pasir Putih, Kelantan. Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh dua orang wakil sukarelawan daripada Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah (Ad Diniah).

Gambar menunjukkan Bantuan Tongkat kaki empat disumbangkan pada Kak Yah.

Menurut salah seorang Sukarelawan Ad Diniah, Puan Wan Nardiah Anani Wan Salleh, tujuan bantuan Tabung Islah ini diadakan adalah bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan serta memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

“Bantuan Tabung Islah ini telah dilaksanakan sejak PKP pertama iaitu pada pertengahan bulan Mac 2020 lagi. Bantuan Tabung Islah ini juga bukanlah hanya tertumpu kepada bekalan makanan asas sahaja, malah bantuan barangan keperluan yang lain seperti barangan keperluan kesihatan iaitu peralatan kebersihan diri dan keperluan rumah juga turut disediakan”, katanya dalam akitiviti penyerahan bantuan tersebut.

Penerima bantuan Tongkat Kaki Empat yang dikenali sebagai Kak Yah, 65, meluahkan rasa terharu terhadap bantuan dan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak Ad Diniah. Beliau berkata dalam aktiviti penyerahan tersebut, pihak Ad Diniah amat membantu meringankan bebanan beliau dalam menguruskan kehidupan seharian.

Katanya lagi, “dengan adanya bantuan Tongkat dan bantuan bekalan makanan asas daripada pihak Ad Diniah ini, sekaligus ia dapat meringankan beban saya sekeluarga. Selain itu, dengan bantuan tongkat ini juga dapat membantu dalam pergerakan seharian saya terutamanya apabila tiada orang di rumah. Terima Kasih Ad Diniah”.

Lihatlah masih ramai lagi insan di luar sana yang masih memerlukan bantuan dan sumbangan demi melangsungkan kehidupan seharian mereka. Justeru itu, Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah mengajak anda semua untuk bersama membantu meringankan bebanan mereka dengan turut sama menyumbang melalui Program Tabung Islah.