Ahmad Rahimi bin Abd Rahim atau diberi gelaran Tuan Ahmad adalah ketua bahagian Operasi Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah. Beliau mula terlibat secara langsung dalam Ad Diniah adalah pada tahun 2018. Beliau amat dikenali dengan sifat pendiam. Namun di sebalik sifat pendiam itu, beliau adalah seorang yang sangat proaktif dalam melakukan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya. Beliau juga merupakan antara insan yang wajib untuk turun ke Kemboja bagi menyampaikan bantuan dalam program-program yang berlangsung di Kemboja bersama-sama Pengurusan Tertinggi Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah yang lain seperti Puan Maryam, Ustazah Solehah dan Cik Puan Adibah.

Sebagai tulang belakang kepada bahagian Operasi, beliau amat mementingkan hubungan dengan tim di bawahnya. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk tidak memberikan tekanan kepada timnya terutamanya dalam hal pembahagian tugas. Beliau akan cuba sehabis baik untuk menyusun segala tugasan yang berkaitan terlebih dahulu sebelum mengagihkannya kepada beberapa kumpulan operasi untuk meneruskan kerja yang seterusnya.

Sifat beliau yang tidak berkira tentang masa itu membuatkan ramai orang senang untuk bekerja dengannya. Tidak dapat disangkal lagi apabila Tuan Ahmad sentiasa bersedia untuk berkhidmat tidak kira masa jika ada tim atau bahagian lain yang memerlukan khidmatnya. Tuan Ahmad juga terkenal dengan sifat prihatin terhadap timnya. Beliau akan berbincang secara bersemuka dengan timnya jika terdapat sebarang masalah atau perubahan yang berlaku sepanjang operasi dijalankan. Sifatnya yang amat menyenangkan itu menjadikan tim Ad Diniah mempunyai rasa hormat yang tinggi pada beliau.

Tuan Ahmad turut dikenali dengan sifatnya yang tidak pernah berputus asa. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang dihadapinya sebelum atau semasa menjalani operasi, beliau dapat menanganinya dengan baik. Dengan ketekunan dan penuh rasa tanggungjawab yang Tuan Ahmad berikan, segala urusan operasi yang bermula dari pengumpulan maklumat daripada bahagian Daftar Sumbangan sehingga pengeposan sijil dokumentasi dan cenderahati kepada penyumbang dapat diselesaikan dengan sempurna. Perkara-perkara seperti ini telah melahirkan rasa puas hati dikalangan penyumbang-penyumbang seterusnya berasa yakin untuk menggunakan perkhidmatan Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah lagi.