Islam meletakkan satu prinsip untuk kita saling hormat menghormai walaupun dalam bab berkomunikasi. Benarlah, menziarahi mereka yang kurang berkemampuan,    sedikit sebanyak dapat melembutkan hati. Bari-baru ini, kami sempat menziarahi asnaf yang hidupnya sangat terdesak. Rumahnya terletak di Kampung Limbat Kota Bharu Kelantan. Ibu tunggal ini membesarkan tiga orang anak tanpa suami disisi. Setelah bercakap dan mendengar cerita, seolah-olah dia langsung tidak diuji.

Tak terbayang betapa indahnya peribadi Rasulullah SAW;
contoh manusia terbaik sepanjang zaman. Baginda
bukan saja memberikan teladan yang baik dari segi sikap
atau perbuatan (fi’il), tetapi juga dalam pertuturan (qaul).
Jika ditelusuri sejarah kehidupan Rasulullah SAW,
baginda ialah orang paling banyak menerima cacian
daripada orang yang tidak mahu menerima Islam.
Baginda dihina dan dituduh sebagai gila, ahli sihir dan
pelbagai tuduhan palsu.

Sebagai seorang mukmin atau masyarakat yang
bermoral, cubalah selami jiwa-jiwa mereka yang serba
kurang hidupnya. Beradab dan bersantunlah ibarat
mereka keluarga kita yang tercinta.

Setelah menghayati erti kesusahan mereka, Ad-Diniah mengerti bahawa hidup ini akan jadi betul-betul sempit andai kita bersifat tamak dan bakhil. Mungkin kita selalu berdalih dan mengatakan kita tiada ‘duit’. Sebenarnya, islam penuh dengan teori pelik dan terbalik.

        Semakin kita keluarkan duit, tersiratnya kita semakin
kaya dan ada rezeki lain datang semula. Yakinlah, Allah
lebih sayangkan orang yang fasiq namun pemurah
dengan ikhlas dan adab. Santunilah orang miskin, dan
binalah hubungan baik dengan si kaya.


Kesimpulannya, jom sama-sama kita memaknai rukun
negara kita yang ke-5, ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ agar ia
terus mendarah daging dalam tubuh dan jiwa kita sebagai
rakyat Malaysia, khususnya sebagai umat Islam yang
sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama Islam
yang mulia

Atau hubungi ​