Teringat kisah Muhammad Bin Wasi'. Beliau merupakan ahli zuhud. Hidupnya tak pernah terpengaruh dengan dunia.
Sewaktu Ibnu Mahlab berjaya takluki Gorgan (Iran), Yazid Bin Al Muhallab selaku panglima tentera Islam memperoleh banyak harta.
Kemudian dia berkata kepada tenteranya "Adakah kamu tahu siapa yang akan menolaknya?"
Tenteranya berkata: Kami tidak tahu.
Yazid pun berkata, "Aku kenal siapa orangnya" Yazid Kemudian menawarkan harta itu kepada Muhammad bin Wasi'. Lalu dia menjawab aku tidak perlu harta itu. Yazid memaksa Muhammad bin Wasi' untuk menerimanya.
Setelah itu Muhammad bin Wasi' pun terima. Entah kenapa, setelah diam diam diawasi tentera Yazid, Muhammad bin Wasi' menyerahkan mahkota itu kepada pengemis sekitar sana. Allahu, pemurahnya Muhammad Bin Wasi' berbanding kita😢
.....
Kisah di atas, mengingatkan kita bahawa dunia itu nilainya seperti tubuh sekecil kuman. Terima kasih para dermawan. Semoga hidup kalian terus menerus diberkati. Ameen Ameen Ya Mujib.
Alhamdulillah. Edaran di rumah kebajikan anak yatim dan dhuafa' Siti Aminah Pasir Pekan Wakaf baru, Kelantan. Agihan sebanyak 25 pek makanan untuk makan petang.