Pada tarikh 26 Januari 2023, Ad-Diniah berkesempatan membuat edaran 14 pek makanan sekitar Kg Gong Nibong Hilir dan Kampung Gelong Badak Jelawat Bachok Kelantan😊
Kali ini, Tim Ad-diniah sekali lagi melihat sendiri bagaimana mereka yang asnaf dan anak yatim hidup dalam keadaan serba sederhana. Ajaib. Tak sedikit pun muncul riak wajah sugul dan kecewa kerana diuji dengan sebegitu rupa.
Benarlah pesan Nabi,
Bila engkau ingin hati menjadi lembut dan damai serta keinginan (yang baik) tercapai, maka sayangilah anak yatim. Usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan. Bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang, lembut (kebaikan) mu akan tercapai.
(Hadith Riwayat Tabrani)
Kita, hamba kepada Yang Maha Kaya. Yakinlah, semakin kita memberi, semakin Allah Redha kepada kita.
Terima kasih para penyumbang. Semoga kalian dimudahkan segala urusan, dan dikurniakan hati yang ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan.