Semesta terisi bukan saja tentang langit dan bumi. Ia termasuk tentang ujian hidup manusiawi—manusia, nak taknak emosinya perlu bergerak solo. Merempuh
luka-luka kecil, untuk leburkan ego.
Tak sempat nak rungkai cerita tentang ‘ziarah’ 26Disember2022. Ketika itu,
Ad-Diniah menumpu jejak di Kampung Padang Lalang Binjai dan Kampung Meraga Beris, Terengganu.
Mereka cuma asnaf. Tak mampu nak berteduh dan berlindung di bawah bumbung banglo yang mewah. Namun, tak sedikitpun mereka menganggap bahawa mencari bahagia itu hal yang paling susah.
 
Nikmat sekadar ada. Itulah mereka. Ternyata mereka lebih tenang sambil bersenda bahawa hal hal sederhana memang terpaling luar biasa.
Terima kasih para dermawan. Ada tiga perkara yang perlu kalian belajar
1. Hidup perlu sederhana
2. Yang memberi tetap selamanya kaya
3) Empati sumber ketenangan jiwa
Sabda Rasulullah
“Sesungguhnya telah beruntung orang yang berserah diri, diberi rezeki sekadar mencukupi dan Allah membuat dia berasa cukup terhadap apa yang Dia anugerahkan padanya”
Riwayat Muslim