Bantuan Pasca-Banjir Terengganu masih diteruskan!
 
 Subhanallah, terpancar wajah- wajah sabar dan syukur, walaupun di uji dengan bencana. Ketika kita rasakan hidup bahagia kerana duit semata-mata, ada yang tak merasakan hal yang sama.
Bagi mereka, hanya sekadar senyum dan peduli, itupun sudah cukup berharga.
Kali ini, Ustaz Zakaria selaku penaung Ad-Diniah sendiri turut turun menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terletak di Kampung Darau dan Kampung Bukit Payung.
Terima kasih kepada para penyumbang yang tak lekang dengan ikhlas dan sudi memberikan kepercayaan.
 
Insya-Allah, doakan kami terus kuat bergerak dan membantu mereka yang betul-betul dalam fasa memerlukan.
 
تَعْتَدُوا۟ ۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”
 (QS al-Ma’idah: 2).