Kesenangan dunia itu terlihat indah di mata manusia kerana nyatanya segala yang diciptakan Allah tidak pernah mengecewakan. Namun, jika tersilap langkah maka yang indah itu serta merta menjadi perkara yang membinasakan dan melalaikan. Ramai yang mudah terpedaya dengan keindahan dunia sehingga melupakan amal untuk akhirat. Padahal ternyata dunia itu sangatlah kecil dibanding dengan akhirat.

Rasulullah mengatakan bahawa dunia itu bagaikan jari yang dicelupkan ke dalam lautan maka setitis air yang melekat pada jari itulah dunia. Jelas tersangatlah sedikit dunia ini.

INGATAN TULUS BUAT PENGHUNI AL-FIKRAH

“…datanglah jenguk ayahanda dan bonda di sini…”

Masih terngiang-ngiang di ingatan kata-kata seorang penghuni ketika kami datang melakukan kunjungan amal di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Sungai Sekamat, Kajang sebulan yang lalu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan para penyumbang, sekali lagi kami berpeluang untuk bertemu dengan penghuni pusat jagaan tersebut. Berbeza kali ini, kunjungan kami adalah untuk menyampaikan bubur kepada 85 orang  penghuni dan penjaga yang disumbangkan oleh para penyumbang melalui Program Giving Jumaat dan Sebiji Kurma.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh penyumbang yang budiman. Sesungguhnya, anda adalah kekuatan perjuangan Ad Diniah dalam meneruskan kerja kebajikan buat insan yang memerlukan.

Semoga dunia yang setitis ini tidak menjadikan kita alpa untuk terus mengejar ganjaran akhirat dari Allah.

Atau hubungi