Syukur melalui projek ‘Sebiji Kurma’, agihan sumbangan makanan telah berjaya dilakukan pada 30 September lepas di Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi. Agihan 33 pek nasi lemak yang dibuat itu bersamaan dengan seramai 33 orang anak yatim dan fakir miskin di sana.

Ya Allah, apa yang mengharukan ialah ketika agihan tersebut team Ad Diniah disambut dengan penuh ceria oleh anak-anak di sana seperti mengalu-alukan kedatangan kami ke ‘rumah’ mereka dengan tangan terbuka.

LAWATAN SEKALI LAGI KE RUMAH BAKTI AL-KAUSAR

Terkesan dengan keceriaan anak-anak kecil tersebut, team Ad Diniah sekali lagi membuat lawatan bakti ke Rumah Bakti Al-Kausar pada 4 Oktober 2022. Berbeza dengan sebelum ini, lawatan kali ini dibuat dengan tujuan menyumbang tenaga dan berkongsi keceriaan bersama anak-anak kecil di sana. Pembersihan di sekitar rumah telah dibuat dan sejurus selepas itu,beberapa aktiviti bersama mereka telah dilakukan.

Sebenarnya bukan kami yang memberikan mereka keceriaan sebaliknya mereka yang berkongsi keceriaan mereka bersama kami. Kesusahan dunia ini tidak mampu menghilangkan sifat asal yang ada dalam diri kanak-kanak. Benarlah, kegembiraan adalah penyakit berjangkit.

Malah tahukah anda semua, dunia seolah-olah dalam genggaman jika anda bahagia? Manusia yang bahagia adalah manusia yang merasa cukup dengan segala perkara. Tiada apa yang dimahukan lebih daripada apa yang mereka ada.

Dunia tidak diletakkan di hati sebaliknya hanya diambil sekadarnya. Begitulah anak-anak kecil tersebut. Marilah kita letakkan kegembiraan dalam hati kita sendiri dengan rasa syukur terhadap segala yang kita ada dan miliki.

Malah tambahkan lagi kegembiraan tersebut dengan memberi kepada orang yang memerlukan. Demi Allah, harta orang yang memberi tidak akan berkurang.

Ayuh sama-sama kita berkongsi kebahagiaan sesama kita di atas dunia ini. Semoga kebahagiaan yang dikongsi di dunia ini mampu membawa kita semua ke syurga  Allah Taala.

Atau hubungi