Tahukah anda? Ramai antara kita yang terkesan dengan inflasi yang berlaku dalam negara sehingga ada yang terpaksa bertindak di luar jangkaan kerana ingin menjaga kestabilan ekonomi masing-masing. Antara yang jelas berlaku adalah harga barangan yang melonjak dari kebiasaan dan barangan yang disorok demi menjaga kelangsungan.

Lebih menyedihkan lagi, perkara ini juga dalam tidak sedar memberi kesan apabila berlakunya kematian kerana harga barangan bagi mengendalikan jenazah turut meningkat. Ini sekaligus menyebabkan proses pengurusan jenazah kerap kali menghadapi masalah. Islam menyarankan untuk mempermudahkan dan mempercepatkan pengebumian orang yang telah meninggal dunia.

INISIATIF AD DINIAH MELALUI WAKAF SET PENGURUSAN JENAZAH

Kos pengurusan jenazah merupakan isu yang tidak akan pernah habis. Malah terbukti kini masih ada yang terpaksa memohon dan merayu untuk menguruskan jenazah ahli keluarga kerana tidak mampu menanggung kos pengurusan yang begitu tinggi. Justeru itu, Ad Diniah mengambil langkah awal dengan mewujudkan Program Wakaf Set Pengurusan Jenazah sebagai inisiatif membantu menyelesaikan isu tersebut

Program Waqaf Set Pengurusan Jenazah bertujuan untuk membantu masjid dan surau di Malaysia bagi memiliki set pengurusan jenazah yang lengkap untuk kegunaan masyarakat setempat dan meringankan beban ahli kariah apabila berlakunya kematian.

Jumaat yang lalu, team Ad Diniah kembali membungkus set pengurusan jenazah yang menyasarkan sebanyak 300 set untuk diwakafkan. Alhamdulillah sebanyak 250 set telah berjaya dibungkus yang terdiri daripada set kain kafan, set mandian dan set solekan

Ayuh menyumbang bersama kami di Ad Diniah untuk Program Wakaf Set Pengurusan Jenazah bagi memudahkan dan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.