Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf iaitu tidak boleh membaca dan menulis. Hanya beberapa sahaja dari kalangan sahabat yang boleh membaca dan menulis. Allahu, tiba-tiba menerpa dalam pemikiran, patutlah al-Quran pada zaman Rasulullah tersebar melalui hafazan iaitu secara bersemuka antara pelajar dan guru dari mulut ke mulut (talaqqi musyafahah). Alhamdulillah al-Quran yang sampai pada kita hari ini sudah dikumpulkan dan disusun dalam bentuk mushaf.

SANTUNI PENGHAFAZ AL-QURAN

Usaha mengumpulkan al-Quran tersebut merupakan sebuah usaha yang sangat besar buat kita umat Islam keseluruhannya. Mana mungkin ingatan kita sebagai orang biasa mampu menandingi ingatan para sahabat terdahulu. Namun, satu perkara yang boleh dipuji ialah apabila terdapat usaha sejak dari kecil untuk menghafaz kitab suci al-Quran tersebut

Penghafaz-penghafaz al-Quran adalah permata dalam Islam. Mereka menjadi sumber kepada proses tamadun manusia dan menjadi penerus kepada golongan yang memelihara al-Quran. Subhanallah.

Sehubungan dengan itu, Ad Diniah telah menyantuni permata Islam tersebut melalui projek Giving Jumaat dan Sebiji Kurma. Serentak pada 15 September yang lalu, agihan bagi dua projek tersebut berjaya dilakukan di tiga buah pusat tahfiz yang berbeza. Di Kajang, agihan makanan berjaya diberikan kepada Maahad Tahfiz Quran Anawiyah, Hulu Langat. 

Di Terengganu pula, wakil Ad Diniah berjaya mengagihkan makanan ke Pusat Pengajian Hafizul Quran. Manakala wakil di Kelantan berjaya menyantuni para huffaz di Madrasah Tahfiz Darul Uluum

Semoga para penghafaz al-Quran tersebut terus dibela oleh kita sendiri dalam memartabatkan lagi keunggulan Islam. Semoga para dermawan yang turut serta berkongsi rezeki dengan mereka diberikan kebaikan dalam kebaikan

Atau hubungi