Mungkin yatim tanpa ibu atau bapa, tapi bukanlah ‘yatim’ dalam kasih sayang. Begitulah situasi bagi anak-anak di Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah dan juga Pertubuhan Cakna Anak Yatim Kemaman. Yatim itu sendiri membawa maksud tunggal atau bersendiri. Namun kasih sayang yang diperolehi oleh anak-anak di dua buah rumah jagaan tersebut membuatkan mereka tidak bersendiri.

Walaupun Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah hanya terdiri daripada 32 orang anak-anak tetapi penjaganya adalah seramai 10 orang. Manakala anak-anak di Pertubuhan Cakna Anak Yatim Kemaman hanyalah seramai 13 orang (perempuan) namun mempunyai seramai 5 orang penjaga. 

Jumlah penjaga yang ramai dikatakan bagi memastikan supaya kebajikan dan keperluan setiap anak-anak tersebut terjaga dan tidak terabai.

Alhamdulillah, syukur rasanya berada dalam komuniti masyarakat yang mengambil berat tuntutan Rasulullah supaya menyantuni anak-anak yatim. Paling beruntung sekali ialah apabila anda semua turut serta menyantuni anak-anak yatim tersebut melalui sumbangan dalam projek ‘Sebiji Kurma: RM1 Sehari’ dan ‘Giving Jumaat’ pada 2 September 2022 yang lepas.

Sebanyak 37 pek makanan keseluruhannya telah berjaya diserahkan khas pada hari Jumaat supaya dapat memaksimumkan lagi ganjaran pahala yang bakal diperoleh.

Alhamdulillah, marilah kita yakin dan percaya melalui sumbangan tersebut mampu menemukan kita dengan Rasulullah di syurga kelak. Semoga usaha kecil kita dalam menyantuni anak yatim, menjadi ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.

Atau hubungi