Mendepani era globalisasi kini, nilai matawang semakin susut sehingga menimbulkan kebimbangan ramai terutamanya apabila negara masih lagi bertatih dalam menjalani proses pemulihan setelah 2 tahun terperangkap dalam pandemik Covid-19. Terbaru, negara dihebohkan pula dengan krisis kegawatan ekonomi.

Nilai RM1 di mata Allah dan manusia adalah berbeza. Buktinya, jika dibawa RM1 ini di tengah bandar, barangkali yang boleh kita dapatkan hanyalah beberapa biji gula-gula. Namun, ada satu cara untuk membuatkan nilai RM1 ini terlihat besar. Jelasnya, jika disedekahkan RM1 ini maka serta-merta akan terasa besar nilainya.

Sehubungan itu, sekecil apapun nilai yang diberi tetap menjadi bukti di hadapan Allah. Inilah yang dikatakan perbezaan nilai itu di mata Allah dan manusia. RM1 yang disedekahkan akan kekal pulangannya hingga ke akhirat sebaliknya RM1 yang dibelanjakan di dunia terhenti begitu sahaja.

PROGRAM SEBIJI KURMA: RM1 SEHARI, PULANGAN PAHALA SEBESAR BUKIT

Program sebiji kurma ini adalah program sumbangan dengan nilai RM1 untuk disalurkan kepada anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan. Program ini merupakan inspirasi daripada sebiji kurma yang boleh berkembang sehingga menjadi ladang yang bermanfaat kepada manusia. Begitulah nilai RM1 jika dikumpulkan maka akan sangat bermanfaat kepada mereka yang memerlukan.

Pada 25 Ogos lalu, Ad Diniah berjaya menyumbangkan hasil kutipan program Sebiji Kurma kepada Pusat Jagaan Siti Nor Aini yang menempatkan 50 orang penghuni keseluruhannya yang terdiri daripada warga emas. Sebilangan warga emas yang telah keuzuran ini dijaga dari segi kesihatan dan kebersihan oleh 10 orang penjaga.

Besar erti sumbangan ini buat mereka yang kekurangan kudrat seperti penghuni pusat jagaan ini. Golongan seperti ini bukanlah insan yang mengharapkan jutaan ringgit tetapi cukuplah pertolongan kecil sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang dari mereka yang sudi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

   Semoga program Sebiji Kurma ini dapat terus dijalankan agar lebih ramai yang dapat merasai manfaatnya. Terima kasih diucapkan buat penyumbang yang telah ikhlas menyumbang demi kebahagiaan yang lain.

Ingat, buat baik berterusan, beri manfaat berkali-kali.

Atau hubungi