Alhamdulillah, baru-baru ini bermula 9 Julai 2022 sehinggalah 13 Julai 2022, team Ad Diniah telah ke Kemboja bagi menyelia Program “Ijtima’ Qurban Kemboja 1443H/2022M”. Sebanyak 470 ekor lembu dan 110 ekor kambing berjaya dikorbankan di Kemboja hasil penyertaan ibadah korban para peserta bersama Ad Diniah.
Namun, ibarat sambil menyelam minum air, team Ad Diniah juga tidak terlepas untuk membuat pemantauan terhadap keadaan projek-projek lain di sana terutamanya projek ‘Waqaf Pam Air’.
Slogan atau tagline yang digunakan oleh Ad Diniah ini bersesuaian dengan kerja-kerja kebajikan yang telah dilaksanakan. Pemantauan yang dijalankan di kawasan-kawasan penerima pam air didapati sangat memuaskan. Contohnya, pam air yang dibina pada dua tahun lepas masih dalam keadaan yang sangat baik dan berfungsi seperti sediakala. Air yang keluar dari pam air tersebut masih bersih dan mengalir dengan laju. Sejuknya air ini, begitulah hati kami sebagai pemegang amanah para pewakaf yang menyaksikan sendiri keadaan tersebut.
Dari segi luaran, berlaku perubahan yang boleh dilihat melalui warna cat pada dinding binaan pam air yang telah luntur berikutan kedudukan pam air yang tidak terlindung serta berhu-jan dan berpanas. Namun, manfaat daripada pam air tersebut masih berterusan walaupun telah digunakan bertahun-tahun, MashaAllah.
Menariknya, penaung Ad Diniah iaitu Ustaz Zakaria Awang al-Ahmadi turut sama turun padang walau dalam keadaan hujan dan berlecak demi memantau perjalanan projek.
Dengan izin Allah, InshaAllah pahala wakaf tersebut akan mengalir seiring dengan mengalirnya air melalui pam air tersebut.
No. 2-2 Floor 1, jalan tTDI Grove ½,
TTDI Grove Square 1,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia
Phone : +603-8740 1099
Email : [email protected]
Subscribe kami untuk menerima info terbaru
Buat Baik Berterusan Membawa Manfaat