TABUNG ISLAH | BANTUAN MELAHIRKAN KESYUKURAN

Bukankah dengan bersedekah itu mengingatkan kita bahawa apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat dan atas keizinan dari Allah SWT? Jadi, jika kita ini hamba yang bersyukur, maka berilah tanpa berkira-kira kerana rasa syukur ini akan sama dirasai oleh pemberi dan penerima sedekah.

Bersedekah juga adalah tanda syukur seorang hamba dan salah satu cara untuk kita mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT atas semua kurniaan dan pemberian-Nya. Rasulullah SAW bersabda:

MENGHARGAI NIKMAT DENGAN KEBAIKAN

Kita diajar oleh Islam untuk menghargai kebaikan orang lain. Perbuatan ini juga menggambar-kan bahawa Islam bukan sahaja mementingkan hubungan manu-sia dengan Allah, tetapi juga hubungan sesama manusia. Orang yang menghargai kebaikan orang lain juga dikira mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Perbuatan membalas kebaikan orang lain adalah satu cerminan akhlak mulia. Ini bermakna Islam tidak membuka peluang hanya kepada sesetengah orang sahaja untuk berbuat baik dan menutup pintu kebaikan untuk orang lain.

Kami di Ad Diniah telah mengagihkan bantuan Tabung Islah di pantai timur iaitu di sekitar Kemasek pada 15 Jun, Rabu yang lalu. Sebanyak 5 buah keluarga telah mendapat bantuan ini yang berbentuk barangan makanan asas.

Setiap keluarga yang menerima bantuan menyambut baik kedatangan team Diniah sehingga ada yang menjemput naik ke rumah mereka. Ternyata, walaupun mereka serba kekurangan, namun adab dan budi bahasa tetap dijunjung tinggi. Ini membuatkan team Diniah terharu terhadap ketinggian budi yang dimiliki oleh mereka.

Akhirnya, semoga bantuan ini mampu memberi sinar harapan dan kebahagiaan kepada mereka yang menikmatinya. Marilah kita bersama membantu lebih ramai lagi yang memerlukan di luar sana. Berjuang demi Ummah!