Mesti kita semua tertanya-tanya, mengapa adanya pensyariatan untuk berqurban? Apakah kelebihan berqurban yang bakal kita perolehi sebenarnya?
Tahukah anda selain mendapat fadilat di akhirat, kami juga ada menyediakan hadiah khas kepada sesiapa yang berqurban bersama Ad Diniah iaitu Al-Quran tagging.
Wah menariknya! Namun ia hanya terhad kepada 100 peserta terawal sahaja. Lebih menarik lagi, proses pelabelan Al-Quran ini keseluruhannya dibuat oleh para sukarelawan Ad Diniah sendiri. Sehingga kini bermula 27 Mei yang lepas, Al-Quran tersebut masih dalam proses pelabelan. Proses tersebut jelasnya memerlukan ketelitian dan ketekunan kerana ia melibatkan kaedah melabel Al-Quran yang jauh dari berlakunya sebarang kesalahan dan ralat apabila sampai kepada peserta. Semoga terus bersemangat para sukarelawan!
Selain dari Al-Quran tagging, terdapat juga hadiah lain yang disediakan oleh Ad Diniah kepada seluruh peserta Program Qurban Aqiqah 2022. Antaranya ialah beg kanvas eksklusif Pertubuhan Sukarelawan Ad Diniah, pen, buku nota dan banyak lagi.
Hadiah tersebut bukanlah sebagai ‘ganjaran’ untuk anda kerana berqurban namun sebagai penghargaan dari kami kerana telah berjaya melaksanakan ibadah qurban di hari yang mulia tersebut.
Semoga kita semua terus bersemangat dalam menjalankan ibadah dan pensyariatan yang ditetapkan Islam. Majulah umat Islam demi agama!
No. 2-2 Floor 1, jalan tTDI Grove ½,
TTDI Grove Square 1,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia
Phone : +603-8740 1099
Email : [email protected]
Subscribe kami untuk menerima info terbaru
Buat Baik Berterusan Membawa Manfaat