PROGRAM QURBAN AQIQAH | HADIAH BERMAKNAUNTUK ANDA

     Jumaat yang lalu, team Diniah telah mula melabel Al-Qu-ran yang akan diberikan kepada 100 peserta terawal yang menyertai ‘Program Ibadah Qurban Aqiqah 2022’. Alhamdulillah, setakat minggu lalu sahaja, sebanyak 37 naskhah Al-Quran telah mula dilabel. Menarik lagi, 100 peserta bertuah ini juga akan menerima beg eksklusif daripadaPertubuhan Sukarelawan Ad Diniah.

     Hadiah-hadiah menarik ini sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang telah merebut peluang untuk menyertai Program Ibadah Qurban Aqiqah anjuran pertubuhan kami tahun ini. Semoga pemberian ini menjadi amal jariah yang berpanjangan manfaatnya. 

REALISASIKAN IMPIAN, KONGSIKAN NIKMAT

     Program Ibadah Qurban Aqiqah ini bertujuan untuk merealisasikan impian masyarakat melaksanakan korban dan akikah dengan harga yang lebih murah dan dipercayai.

     Program ini lazimnya akan dilaksanakan juga di Kemboja kerana harga haiwan ternakan yang lebih murah selain mem-beri peluang kepada masyarakat minoriti Islam Kemboja untuk turut sama merasai nikmat daging di hari raya korban.

     Bukanlah kerana sukar atau kekurangan sumber daging, namun kekurangan wang ringgit dan hidup yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang yang mem-buatkan mereka hanya mampu menikmati daging setahun sekali sahaja.

     Berbeza pada tahun ini, Ad Diniah julung kalinya turut mengadakan korban di Mekah selain Malaysia dan Kemboja. Jadi, bagi anda yang masih belum mendaftar untuk berkor-ban atau berakikah pada tahun ini, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar bersama kami. Segala proses akan diuruskan sepenuhnya oleh pegawai Diniah yang terlibat sehingga selesai.