Baru-baru ini telah dijalankan Program Agihan Fidyah anjuran Ad Diniah. Agihan ini dijalankan pada 2 Jun 2022 pada hari Khamis yang lalu. Alhamdulillah, agihan telah sempurna diagihkan di daerah Besut, Terengganu iaitu di Kampung Kubang Ikan dan di Kampung Padang Bemban, Kelantan. Sebanyak 20 pek beras berjaya diagihkan hasil daripada yang telah dikumpulkan.
Fidyah ini telah ditunaikan melalui pengagihan beras dan diberikan kepada golongan fakir miskin yang memerlu-kan. Semoga dengan agihan ini mampu meringankan beban dan sedikit sebanyak memberi sinar kebahagiaan kepada mereka.
Tujuan utama Program Ibadah Aqiqah ini adalah untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas nikmat kelahiran zuriat. Hasil penyembelihan haiwan ternakan tersebut diagi-hkan kepada golongan fakir miskin untuk dinik-mati secara bersama.
Pada hari Rabu yang lepas bertarikh 1 Jun 2022, team Diniah telah menjalankan Program Ibadah Aqiqah yang bertempat di Kampung Celun, Kelantan. Ibadah aqiqah yang dijalankan telah mengorbankan 1 ekor lembu. Alhamdulillah, segala proses penyembelihan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah. Semoga ibadah aqiqah yang dijalankan diterima di sisi Allah SWT dan mampu memberi kenikmatan bagi mereka yang belum pernah merasai.
No. 2-2 Floor 1, jalan tTDI Grove ½,
TTDI Grove Square 1,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia
Phone : +603-8740 1099
Email : [email protected]
Subscribe kami untuk menerima info terbaru