PROJEK WAQAF | SET PENGURUSANJENAZAH MUDAH & CEPAT

    Hidup atau mati, kedua-duanya merupakan ujian daripada Allah. Hidup merupakan ujian untuk kita membuat amal kebaikan manakala kematian pula ujian untuk menuju ke negeri abadi.

    Dari satu konteks lain pula jika berlakunya kematian, ia merupakan ujian buat kita yang masih hidup. Adakah kita berusaha untuk memudahkan urusan persiapan perjalanan jenazah ke alam seterusnya? Atau kita hanya sekadar berpeluk tubuh melihat dan mebiarkan ia berlalu begitu sahaja?

    Perkara begini masih berlaku di Malaysia tau! Tidak menjadi masalah bagi yang punya kewangan yang kukuh, namun tidak bagi waris yang serba kekurangan. Maka terbiar lamalah si jenazah sebelum mampu untuk diuruskan. Padahal hukum menguruskan jenazah ialah ‘fardu kifayah’.
     Ad Diniah kali ini ada menjalankan sebuah projek baru iaitu projek waqaf ‘Set Pengurusan Jenazah’ yang leng-kap bertujuan memudahkan dan mempercepatkan urusan pengurusan jenazah. Alhamdulillah sebanyak 38 set berjaya diedarkan ke masjid dan surau. Antara masjid dan surau yang terlibat ialah Masjid Taman Rakan (12 set), Surau as-Sobireen (14 set) dan Surau at-Taqwa (12 set).

    Dan beberapa hari selepas serahan tersebut, kami di Ad Diniah mendapat perkhabaran sedih bahawa berlaku satu kematian di kariah Masjid Taman Rakan. Alhamdulillah dengan wakaf dan infaq anda semua, pengurusan jenazah pada 8 Mei 2022 di Masjid Taman Rakan tersebut dipermudahkan.

     Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang berbesar hati berkongsi rezeki dan harta dengan ‘insan-insan’ yang memerlukan. Semoga setiap kebaikan tersebut juga dikembalikan semula kepada kita ketika kita ‘memerlukan’ kelak.

Ayuh, sama-sama kita memudahkan urusan pengurusan jenazah melalui: