Majlis Iftar Perdana Ad Diniah Bersama Anak-Anak Yatim

    Pada 23 April 2022 (21 Ramadan 1443H) yang lepas, team Ad Diniah berkesempatan menganjurkan ‘Majlis Iftar Perdana Bersama Anak-anak Yatim’. Selain daripada team Ad Diniah, majlis tersebut turut dihadiri oleh anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari, Perak seramai 51 orang serta 33 orang anak yatim dari Rumah Sungai Kantan, Selangor. Kehad-iran mereka jelasnya telah memeriahkan lagi majlis tersebut dan yang paling penting telah menjentik kesedaran ke dalam diri team Ad Diniah sendiri.

Anak-anak Kecil Yang Bersyukur!

   Seawal usia kanak-kanak lagi sebahagian daripada mereka sudah menjadi anak yatim – Guru Pengiring Rumah Nur Kasih Bestari Ketika iftar bersama mereka, sebiji nasi pun tidak tersisa di atas pinggan mereka. Walaupun makanan yang disediakan banyak dan sangat mencukupi namun mereka tetap ingin berkongsi makanan bersama.

   Bayangkan keadaan tersebut jika berlaku kepada anak kecil kita ataupun kepada diri kita sendiri? Sayu dan sedih bukan? Namun keadaan tersebutlah yang dilalui oleh anak-anak kecil itu. Namun takjubnya, didikan yang diberikan pengasuh kepada mereka sangatlah hebat sehingga menjadikan mereka seorang yang sangat bersyukur dan penuh beradab!

   Ketika iftar bersama mereka, sebiji nasi pun tidak tersisa di atas pinggan mereka. Walaupun makanan yang disediakan banyak dan sangat mencukupi namun mereka tetap ingin berkongsi makanan bersama.

    “Eh awak nak sikit tak gula-gula ini? Kita kongsi eh?” Terkelu dan terkedu seketika team kami apabila mendengar kata-kata tersebut. Amalan memberi dan berkongsi rezeki sudah diajar-kan dan diamalkan kepada mereka sejak kecil lagi. Malah amalan tersebut tidak ditinggalkan walau dengan sekecil-kecil perkara seperti gula-gula.

 Perkara tersebut sebenarnya menyedarkan kita bahawa:

Senyuman anak-anak kecil terukir dengan sedikit hadiah

 Alhamdulillah hasil sumbangan anda semua, hadiah berupa baju raya, duit raya dan goodies bag dapat diberikan kepada mereka. Senyuman tidak lekang dari bibir anak-anak kecil tersebut selepas menerima hadiah. Walaupun tidaklah besar dan hebat pemberian tersebut, paling kurang kita menyahut seruan Rasulullah SAW di mana: