Agihan Bubur Lambuk:
Sedikit Dikongsi Bersama

Bubur lambuk merupakan juadah atau hidangan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat setempat apabila menjelangnya Ramadan. Tetapi apa signifikan bubur lambuk ini sebenarnya? Hinggakan bila tiba bulan Ramadan je orang sibuk mengagihkan bubur lambuk. Bulan Ramadan merupakan bulan sedekah atau ibadah yang menjadikan masyarakat berpusu-pusu untuk melakukan sedekah. Malah terdapat sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda bahawa:

Jadi bubur lambuk menjadi antara platform yang mudah untuk meraih ganjaran yang dijanjikan tersebut!

 “Kalaulah budaya ini terus diterapkan di dalam diri kita semua, InshaAllah kita bukan sahaja mencapai keharmonian sesama kita, tapi ini juga menjadi contoh buat masyarakat agama yang lain.”- kata seorang penerima tersebut. Edaran ini tertumpu di beberapa lokasi orang ramai seperti di pasaraya dan pusat membeli-belah sekitar Kajang antaranya ialah Lotus, Giant, Metropoint dan TTDI Grove, Kajang.

PROGRAM ‘EDARAN BUBUR LAMBUK’ AD DINIAH

 Ad Diniah juga tidak terlepas ingin merebut ganjaran yang dijanjikan dengan memberi makan kepada orang berbuka puasa melalui Program Edaran Bubur Lambuk. Program khas yang hanya diadakan pada bulan Ramadan ini telah dijalankan pada 9 April 2022 lepas, turut disertai oleh 31 orang sukarelawan Ad Diniah.

Apa yang menarik sekali ialah Presiden Ad Diniah sendiri turut bersama-sama turun padang dalam proses pembuatan bubur lambuk! Terdapat juga satu keadaan di mana ketika matahari mula terpancar, tiba-tiba terjadinya gangguan bekalan elektrik. Namun, keadaan itu tidak melemahkan semangat para sukarelawan walaupun diuji dengan panas dan teriknya matahari.

Usaha tersebut membuahkan hasil walaupun terdapat sukarelawan yang pitam. Tahniah semua di atas usaha dan semangat yang berterusan!

Di akhirnya, melalui program ini kami di Ad Diniah berharap mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat beser-ta memperoleh ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah. Di sini Ad Diniah ingin mengajak anda semua supaya turut bersa-ma-sama kami dalam program ‘Edaran Bubur Lambuk’.